March 19, 2010

Spring Break '10

Panas. Suka sangat. Lama rasanya tak merasai nikmat panas setelah berbulan dihujani emping-emping salju putih yang kadang tak tertahan kesejukannya. Alhamdulillah, walaupun cuaca kini tak lah sepanas di Malaysia, paling kurang ia tak lah sesejuk awal dan pertengahan winter, yang perlahan-perlahan mengucap selamat tinggal dan memberi laluan kepada musim bunga (bungakah? kering je pokok..hu) untuk menyerlahkan serinya. Itulah kuasa Allah dalam mengatur gerak alam yang begitu sempurna mengikut kehendakNya, Subhanallah.

Segala puji dan syukur yang berhak hanya untuk Nya kerna memberikan peluang bagi diri ini merasai seluruh nikmat kehidupan hingga kini. Walau ada sedikit kepayahan di sana sini, itulah tanda kasih sayang Allah dan juga pengajar terbaik dalam melalui hidup sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. InsyaAllah. Semoga ditetapkan iman dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian-ujian Allah itu.

Sunset sky

Semalam. Hari yang cantik dan damai, cuma sejuk-sejuk manja je dek angin yang bertiup, boleh lagi pakai t-shirt biasa dua lapis, lega rasanya dah tak perlu pakai baju tebal2.
Latar gambar. Lewat petang di Holmes Lake, Lincoln NE. Kunjungan kali kedua setelah aktiviti barbeque Fall yang lepas. Sungguh jauh bezanya. Tasik yang masih lagi separuh beku dan juga pokok-pokok botak yang tak berdaun, hanya ranting dan dahan peneman seri. Namun masih teruja dengan keindahan saujana di sini setelah berdiri di atas bukit. Cantik, tenang, rasa macam nak tidur je kat situ..he.Gambar ini tidak di edit banyak, hanya tambah tulisan dan 'lighting effect'. Hasil karya sahabat, Amel yang menggunakan dslr Canon EOS40D nya. TY -.-


Without You

Ini pula gambar di Des Moines, sewaktu trip ke Iowa, negeri jiran Nebraska. Alhamdulillah juga, dapatlah keluar dari duduk di kawasan U ni saja. Luaslah sikit pemandangan mata. Sepanjang jalan melihat saujana yang luas terbentang.
Gambar ini pun tak diedit banyak, hanya lighting effect dan kombinasi lapisan warna je. 5 minit siap..
Credit to Amel. Dia terjumpa spot ni sewaktu main lari-lari turun naik bukit nih. Orang, kerusi, dan pokok tunggal berlatar langit luas. Cantik.


p/s: Nak lihat lagi sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang jalan di Iowa dan Holmes Lake sewaktu Spring break ni, jangan segan2 tengok album 'Spring Break' di facebook. :)
Ataupun, baca nukilan menarik Kak Nadiah ini.. =) [promo2..he]

MHSS -.-

6 comments:

anif® said...

Memang cantik permandangan di sana yek!

Nadiah Sidek said...

dah terer guna dslr kan? nnt blh la beli sebijik..hehe..

p/s: terima kasih la tlg promo (mcm jual brg pulak :p)

MHSS said...

saudara anif: iyee..pemandangan sini saujana je semua. Tempat saya belajar ni memang tak banyak bangunan tinggi2 mcm kat bandar2 besar. :)

Kak Nadiah: Hehehe.. insyaAllah, kumpul2 duit ni nanti ada lebih bleh la beli satu, nanti pun Amel dah balik, tak bleh da nk guna cmera dia lagi..huhu.

p/s: hehe..same2. sebenarnya tak rajin tulis panjang2 mcm akak tu. ;)

Jamal Rafaie said...

Salam..

Best nye dapat g makan angin ni.. Bile la aku dapat berjalan jauh2.. hehe..

Asyila said...

lama tak jenguk
sibuk utk final~

all the best!
balik malaysia tak thn ni?

MHSS said...

Akh Jamal Rafaie:
InsyaAllah.. ada kemahuan n rezki dr Allah, dapat la mnjelajah sluruh dunia. :)

Ukhti Dr. Asyila:
ohh..tak mengapa.. blog ni pun dah lama terbiar..kesepian dah ni..kesian die..
Mmg musim exam nih..same2 kite bdoa insyaAllah.
Oh, tak balik~~ kirim salam org msia -.-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails