April 17, 2012

Hikayat


Hatta tersebutlah kisah seorang pemuda merantau menuntut ilmu di negara orang, berbekalkan doa dan harapan keluarga, serta berkat rezeki yang Maha Pemurah, tibalah ia menjadi orang asing di sini. Arakian berlakulah suatu perubahan terhadap dirinya, yang telah mematangkan dan mendewasakan ia.

Syafiq merupakan seorang pelajar di University of Nebraska-Lincoln (UNL). Berambut panjang, jarang sekali berambut pendek seperti sewaktu di Malaysia. Di tanah air ramai mengenalinya dengan nama Hafiz atau Apis. Wataknya sedikit berbeza berbanding dahulu, lebih2 lagi ketika berada di INTI College Nilai, kini ia lebih gemar berseloroh dengan rakan2, dan kerap melakukan aktiviti sukan. Kerna kini ia adalah Syafiq. Biarlah Syafiq terus menjadi Syafiq.. selagi ia masih di sini.

Tika satu masa nanti, datang orang menyapanya dengan panggilan Syafiq, maka ketahuilah ia yang mereka berkenalan dan bersahabat sewaktu pembelajarannya di UNL, USA. Syafiq sudah tidak lama di sini, ia akan pergi dalam masa yang tidak sampai dua bulan lagi.
Namun usah risau, kerna Hafiz dan Syafiq tetap individu yang sama, sampai bila-bila, walau penampilannya berbeza =)

Noktah.


Penghikayat,
MHSS

2 comments:

Nadiah Sidek said...

hafiz dahulu adalah kebudak-budakan. syafiq menjadikannya sedikit matang. eheh..

MHSS said...

hehehe.. kalau itu lah yg kak nadiah nampak ttg hafiz dan syafiq ni. maka begitulah.. -.-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails