February 21, 2010

Hawa 2

Dia tersengih sendirian. Leka memandang anak-anak kecil yang berkejaran di susur gajah menghala ke kampus utama. Biasalah, hari sabtu sememangnya ramai ahli keluarga yang datang melawat. Riuh, namun hatinya sedikit terhibur melihatkan bermacam gelagat mereka dari atas. Pandangan dari tingkat 5 segalanya nampak kecil di bawah, sekecil hatinya mungkin. Pandangan dilarikan ke hadapan dan ke atas pula, nun terbentang ciptaan Allah yang Maha Luas. Kalimat 'Subhanallah' terpacul keluar dari bibirnya, perlahan dia mengalun zikir ke hadrat Sang Pencipta. Tenang.

Dada langit tampak membiru gelap, mendung tak berawan, "Ya Allah, janganlah Kau turunkan hujan, hambaMu baru saje lepas menjemur kain tadi," getus hatinya. Namun apakan daya seorang hamba kerdil meminta sedemikian rupa, jika puting beliung sekalipun didatangkan, itu pasti sudah kehendakNya.


Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari sesiapa yang dikehendakinya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

(An Nuur : 43)


"Za! Tengok ape tu?" Sergah Anisah sambil menepuk bahu sahabatnya itu dari belakang.

"Ish Anisah ni... terperanjat tau kite."

"Hee..alaa, sori la. Habis tu, tengok dari tadi khusyuk je kat tingkap, pandang luar sampai tak sedar handphone tu menangis atas katil. Kesian dia dari tadi memekik takde orang pujuk." Sengih manja sambil buat muka ala-ala Froggie, patung kesayangannya itu.


"Wah wahh, pandai main kias-kias ek sekarang. Sape ajar? he. Dengarlah. Saja. Malas nak layan. Nanti dia penat menangis, berhenti sendiri la tu. Sekarang dah takde masa nak main pujuk-pujuk dengan gula-gula ke, coklat ke. Huh!"


"Ala, dah tak faham. Yang merajuk nak kena pujuk bagi gula-gula tu, handphone ke, orang yang bagi handphone tu menangis?" Tanya Anisah semacam benar-benar tak faham.


"Dua-dua." Jawab Zaza selamba. Terus dia mencapai handphone samsung E2550 Monte Slider biru pemberian ayahnya itu. '2 missed calls. 3 new messages' tertera di skrin, lantas dibuka kotak mesej sambil gerak gerinya diperhatikan Anisah satu persatu. "Fatah."


Mesej satu: "Sy juga insan biasa yang punyai hati dan perasaan, salahkah sy menyatakan rasa hati ini yang pada sy murni untuk dizahirkan. Sy percaya pada perasaan ini bahwa ianya hadir tanpa sy pinta."

Mesej dua: "Maaf andainya kehadiran diri ini membuatkanmu resah. Tiada sekelumit pun niat untuk mengacau dan mengganggu hati saudari. Jika sudah tiada tempat dihatimu untuk diri ini, ataupun belum bersedia untuk menerima sesiapa. Saya terima."

Mesej tiga: "Sy doakan kamu sihat sejahtera selalu. Anggaplah sy tidak pernah mengatakan apa2. Semoga sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah. Sy hormat pendirian dan keputusan kamu. Sy janji tak akan kacau kamu lagi. Terima kasih."


Selesai mengamati isi mesej itu satu persatu, spontan dia berkata, "Huh, meremang bulu roma ni satu badan. Dia ni penulis novel ke ape? Ayat sastera habis."

"Oo.. Ada peminat ek? Tak bagitau pun kat kite. Kenape tak layan? Tak baik tau. Kesian dia." Anisah mencelah.


"Hish, takmo lah. Takut. Dia tu baik sangat untuk Zaza. Tak boleh. Memang tak boleh!"


"Eh kejap, Fatah ni abang senior yang bagi tazkirah kat Dewan Siswa masa Majlis Sambutan Awal Muharram lepas kan! Fuyoo.. gempak tuh. Tak sangka dia minat kat Za."


"Iye. Dia lah. Entah macam mana boleh suka pun taktau. Za bukannya baik sangat pun. Ramai je orang lain yang lagi baik, lagi cantik. Hari tu ada kerja dengan dia. Dia kira orang atas la untuk program tu, tu yang pernah contact dia sekali." Jelas Zaza.


"Oo..macam tu. Tapi, ingatkan orang alim-alim macam dia tu tak layan main cinta ni. Pelik."


"Oh, kan ada dia kata ni, dia pun insan biasa, he. Tapi kawan dia ada cakap yang orang macam dia ni bila dah suka seseorang akan ajak kahwin terus. Sampai buat solat istikharah, solat hajat apa semua. Ramai je kan orang yang kat UIA ni kahwin awal."


Anisah mengangguk. Tanda faham dan sedikit terkejut dengan penerangan Zaza kerana baru pertama kali tahu ada pendirian orang yang macam itu dalam mengendalikan hal cinta.

"Dan sebab tu jugak lah Za takut! Taknak lah kahwin awal...huu. Seram. Tak pernah terfikir pun..he." Sambung Zaza lagi bila melihat sahabatnya itu terdiam. "Haihh, takkan diam terus kut. Suke ek dengar pasal kahwin. Kalau Anisah nak, nanti Za cakap kat dia yang suruh amik Anisah je la...hehe."

"Hahh, ada pulak macam tu main passing2. Sape lah kite ni kan.."


"Alalalaaa..."
Serentak itu hilai tawa dua sahabat ini pecah memenuhi ruang bilik.

Tinggal sebilik hampir setengah tahun sudah cukup membuatkan mereka rapat dalam mengenal hati budi masing-masing. Segala cerita dikongsi bersama. Suka dan duka. Persahabatan yang kerana kasihnya kepada Allah SWT.

"Hehe, cukup2, penat la gelak. Hmm, habis tu Za kata apa kat dia sampai dia macam nak kecewa ni..? he" Anisah bertanya dalam misi mengorek rahsia sahabatnya itu.

"Oh, Za tipu dia. Kata yang hati Za dah takde. Za dah ada orang lain, orang yang faham Za, orang yang pernah selamatkan Za, dan orang tu baikk sangat." Senyum.


"Oo.. tipu-tipu ke betul ni? Kantoi. Wujud kan orang tu? Tak pernah cerita pun. Tak aci nih. Cerita la, cerita laa.." Pinta Anisah, merayu bagai anak kecil.


"Eee.. Ngada-ngada nye dia. Entah. Lain kali lah cerita. Ala, kalau ada pun, mungkin orang tu tak tahu, dan tak pernah ambil tahu. Tapi dia betul-betul dah bawa lari hati Za, dari dulu lagi." Pandangan matanya jatuh tepat kepada tudung biru laut di atas meja belajarnya, tudung yang dihadiahkan orang itu sebelum dia mendaftarkan diri di Universiti ini. Dan tudung itu juga lah yang menjadi permulaan sejarah bagi dirinya menjadi Zaza yang baru.


"Wah wah, nampaknya ada cerita best lagi nih. Tak sabar nih nak dengar..hee."


"Eh Anisah, kata tadi nak pergi makan. Ni baru lepas mandi dengan tak siap lagi nih. Haihh, cepatlah pegi siap. Za lapar dah niee.."


"Oh lupe pulak. Syok baca mesej tu dengan dengaq cite Za la ni. Oke2..jum2 siap!"


*****************************************

Sekadar coretan di kala kebosanan,
menyambung hikayat si penglipur lara.

MHSS -.-
Sabtu. Februari 20, 2010

7 comments:

syamimi rosli said...

oke~sila sambung laju2....

MHSS said...

hehehee..alamak, tak jamin la smbungan nye bleh keluar awal, bulan dpan kut..hu -.-

zhar said...

awak..cpt2 la ckit smbung..nak tau ending dia..x sbar nih..~

MHSS said...

huhu.. awk je la yg tlong smbungkan bley. dah ad blog tuh..he ;)

Jamal Rafaie said...

Salam..

Napa gambar entri ko sama dengan gambar profile zhar ek? Misteri tu..

Ooo ye..

Aku tengok kat blog ko tak kuar tarikh dan masa kat setiap entri kan? Aku pun cam tu gak dulu..
Cube try klik kat SETTING, pastu klik FORMATTING.. Lepas tu klik kat Timestamp Format... pilih timestamp cam ni... Contoh : Monday, Mac 01, 2010.

Selamat mencuba..

MHSS said...

hehehee... yeay.. dah muncul tarikh die. macih Jamal~ ;)

oh mmg misteri pun gmbr nie..he

zhar said...

sambung hawa..!! lame dah kite tggu..cuti lme kn, t wat tau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails