April 18, 2010

Pintu Rezeki - Kasih Ibu Sampai Syurga 3


"Amin!"

"Ya cikgu..."

"Waktu rehat nanti jumpa Cikgu Kalsum di pejabat ye. Ada perkara dia nak cakap dengan kamu." Suara Cikgu Ruziah, guru kelasnya, lantang ditujukan kepada Amin. Semua anak mata dalam kelas itu tertumpu pada Amin kini.

"Baik cikgu." Dengan akur Amin menjawab.


Selang beberapa ketika.
Loceng menandakan waktu rehat pun berbunyi. Perutnya berkeroncong seirama dengan deringan loceng itu, namun perasaan tidak senangnya menyembunyikan rasa lapar yang meronta.
Amin tertanya-tanya mengapa Cikgu Kalsum mahu berjumpa, "Ada buat salah ke aku? Serius je suara Cikgu Ruziah tadi..Hishh, risau-risau. Nak pergi ke tak ni? Eh mestilah kena pergi, dah janji tadi. Takpe2..yakin Amin! Kau tak buat salah tak usah risau." Amin cuba menenangkan dirinya sendiri.
Dia melangkah menuju ke pejabat dengan perasaan yang bercampur baur.

"Assalamualaikum cikgu." Dia menyuakan kepalanya masuk ke dalam ruang bilik Guru Penolong Kanan itu, sambil mengetuk pintu dan memberi salam.

"Waalaikumussalam Amin.. Masuklah, duduk sini. Eh kamu tak pergi makan dulu ke?" Tanya Puan Kalsum.

"Sudah cikgu, saya makan kuih yang ibu saya bekalkan tadi." Amin menjawab tenang. Dia tak menipu, memang benar dia ada makan sedikit tadi, cuma segigit dua. "Ada hal apa cikgu nak jumpe saya? Saya ada buat salah ke cikgu? Kalau ada, saya minta maaf."


"Hee. Sabar Amin.. Belum apa2, kamu sudah minta maaf. Kamu tiada buat salah ape pun." Balas Puan Kalsum dengan senyuman, lucu bila melihat muka Amin yang jelas menyembunyikan kegelisahan.


Amin menarik nafas lega. Memang Puan Kalsum seorang yang disegani di sekolah itu. Guru Penolong Kanan juga merangkap guru disiplin, jika ada murid yang bermasalah pasti akan terus berhadapan dengannya. Tetapi kali ini, nyata sangkaan Amin meleset dan mampu mengubah terus persepsinya terhadap Cikgu Kalsum. Dia selama ini hanya mendengar dari rakan lain yang Cikgu Kalsum seorang yang garang dan tugasnya hanya menghukum murid. Kini dirinya sendiri berhadapan dengan guru yang hangat diperkatakan itu. Memang lumrah di alam persekolahan, guru berpangkat disiplin inilah yang sering 'ditakuti'. Namun Amin memegang kata-kata ibunya bahwa, "Berani kerana benar, takut kerana salah!"

"Begini, cikgu dapat tahu yang kamu sering menolong ibu kamu menjual nasi lemak dan kuih setiap pagi. Cikgu ada berbincang dengan pengusaha kantin sekolah, Pak Zubir, dan dia bersetuju ingin tolong menjual nasi lemak dan kuih-kuih ibu kamu di kantin. Jadi, kamu bolehlah terus datang ke sekolah, lebih memudahkan kamu kan. Cikgu hanya prihatin terhadap kamu saja. Lagipun, Pak Zubir memang perlukan bekalan kuih dan nasi lemak tambahan. Bagaimana? Kamu boleh tanyakan pada ibu kamu dahulu. Jikalau dia mampu dan sanggup menyediakan semuanya, terpulanglah." Jelas Cikgu Kalsum dengan panjang lebar kepada Amin.

"Ohh..boleh cikgu. Saya pun suka dengar hal ni. Cuma nanti saya tanyakan pada ibu saya dulu ye."

"Boleh. Esok kamu beri jawapan. Kalau ibu kamu setuju, lusa dah boleh mula hantar makanan kepada Pak Zubir di kantin. Tentang hal harga dan urusan duit, cikgu tahu kamu bijak uruskan hal ni, nanti bincang sama Pak Zubir sendiri ye." Lembut Puan Kalsum menerangkan.

"Baiklah cikgu. Terima kasih sangat-sangat! Saya tak tahu nak cakap apa, saya tahu ibu pun suka dengar berita ni. Paling kurang, dapatlah tambahkan sikit pendapatan kami. Dan yang penting, saya pun kena tolong ibu sebab nanti kerja dia makin bertambah. Kesian kalau semuanya dia kena buat seorang." Ujar Amin.

"Betul tu Amin. Bagus kamu berfikiran begitu. Tapi, jangan pula sampai pelajaran terabai."

"Taklah cikgu, insyaAllah.. Pelajaran tetap diutamakan." Dengan nada penuh semangat Amin menjawab disertai senyuman nipis terukir. "Ada apa-apa lagi cikgu?"

"Cikgu bangga dengan kamu Amin. Oh ya, sebelum cikgu terlupa. Ada lagi satu hal penting yang perlu kamu dan ibu kamu tahu. Cikgu sudah memohonkan untuk kamu mendapat bantuan biasiswa kecil persekutuan, jadi ibu kamu tak perlu menanggung kesemua kos pembelajaran kamu. InsyaAllah, cikgu yakin kamu layak menerimanya berdasarkan kelayakan dan prestasi pelajaran kamu setakat ini." Kata Puan Kalsum.
Senyum.

"Wah, satu lagi berita gembira ni cikgu. Terima kasih lagi sekali. Saya bersyukur sangat, alhamdulillah." Jawab Amin. Dia tampak girang dan hanya puji-pujian kehadrat Allah sahaja yang selayaknya diberikan pada tika ini.

"Amin.. Cikgu nak kamu tahu. Tugas guru bukannya untuk mencari kesalahan muridnya semata. Kami guru membimbing dan mengajar kamu semua tentang kehidupan, tentang ilmu dunia dan juga akhirat, tentang hal ehwal dan masalah murid, serta membetulkan tingkah laku kamu semua jika ada yang tidak kena. Jadi, tak perlu takut dengan kami, hanya hormat dan ikut ajaran kami selagi ianya baik." Terang Puan Kalsum lagi.

"Betul cikgu, saya faham. Maafkan saya kalau sebelum ini saya ada bersangka buruk dengan cikgu."

"Oh tak mengapa. Bukan salah kamu. Ok lah, pergi masuk kelas kamu semula, dan jangan lupa beritahu ibu kamu tentang apa yang cikgu sampaikan tadi ya. Sampaikan salam saya pada ibu kamu juga."

"Baiklah. Saya pergi dulu cikgu. Terima kasih."

Amin keluar dari pejabat itu dengan perasaan yang penuh gembira dan semangat yang baru. Dia lebih yakin untuk berhadapan dengan masa hadapan kerna dia tak perlu risau, Allah pasti menolong hambaNya yang sering berdoa disamping melakukan segala perintahNya dan yang selalu berbuat baik sesama manusia.
Bi'iznillah...



Amaran: Kisah di atas bernada serius. Tiada unsur jenaka diterapkan. Jangan mengeluh -.-

-MHSS-

3 comments:

~ eKsPrEsI HaTi ~ said...

hafiz....terharu ak bace kisah ni. walau ape pun, ibu kite yg terbaik. ko wat ak rase nk blk umah...huhuhu....

MHSS said...

Husna...hehe
terharu ke..sekadar cerita je. -.-
yup2..sebetulnya. Ibu lah segalanya bg kita..kan.

huhu..daku pun sebegitu.. mahu balik. Oh angin, bawa daku terbang bersama~
(^_^)

Budak Sekolah said...

Salam
Hm...
Seperti biasa, thumbs up.

Cadangan: boleh hantar manuskrip kat Galeri Ilmu nih, tak pun PTS ke.. (serius, tak main-main)

*Muka nerd sambil baca citer ni*

>>__<<

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails