Selasa, Jan.12 - Hari kedua kelas dalam semester kedua ini berlangsung baik, alhamdulillah. Walaupun salji-salji yang masih memenuhi segenap lapisan inci dataran bumi UNL ini, dengan suhu yang masih di bawah paras beku, perlu diharungi jua. Inilah yang pertama pengalaman ke kelas dengan merasai kesejukan salji. Mengigil. Bagi diri ini yang baru hendak membiasakan diri, biasalah 3 lapis baju campur winter jacket siap dengan snowcap, seluar pun mesti kena pakai thermal kat dalam, classmates lain yang American segelintirnya rilek je macam pergi kelas time Fall, gloves pun ada yang tak pakai! Fuhh..tebal kulit mereka agaknye..hee. Sehinggalah petang sesudah pulang dari kelas dengan menaiki basikal (boleh lagi naik basikal, lalu jalan rata takpe..he. Lebih cepat berbanding nak tunggu bas), sesudah pulang dari UR Grocery (Kedai Runcit Pak Arab) membeli sekampit beras basmathi 15 lb dengan 2 tin sardin Morocco... Ketika sampai di muka pintu apartment 2007 Q, berdirilah seorang pakcik di sebalik pintu itu, datuk mungkin, usia lingkungan separuh abad lebih, berbadan besar serupa macam badan Santa Claus cuma janggut dia tak seputih watak typical Santa tu, berbaju biasa dengan menyarung baju ala-ala pekerja bengkel diluarnya... Pelik. Nampak macam bercakap sendiri, mulut terkumat kamit membaca sesuatu.. Dia menoleh, perasan ku di luar. Baik. Dibukakannya pintu itu untuk diri ini mungkin agak kesian melihatkan ku membawa kampit beras yang disangkut di kepala basikal.. sambil meraba-raba kocek jeans mencari gugusan kunci dengan sarung tangan tak dicabut terlebih dulu memang agak nampak kelam kabut la..hu.





