Showing posts with label MHSS_Designs. Show all posts
Showing posts with label MHSS_Designs. Show all posts

April 25, 2010

Panoramic Photo

Rindu datang lagi.. Rindu untuk menggodek-godek Photoshop CS3 -.-

~Panoramic Photo~
Kepingan gambar2 yang diadun dan digabung sehingga sebati menghasilkan satu gambar panorama. Kebiasaannya panoramic photo ini untuk menonjolkan pemandangan dari sudut ~160 darjah. Ataupun boleh juga kata seluas mata kita memandang.

Dengan menggunakan Adobe Photoshop, amat mudah untuk menghasilkan panoramic photo ni.
Saya cuba gambar2 ini. Selak-selak folder gambar, terjumpalah gambar2 yg agak sesuai untuk digabungkan. Di satu tempat yang sama, tetapi 4 gambar yang diambil dari sudut yang berbeza. Gambar2 ini saya tangkap masa pertengahan bulan lepas, bunga2 pun belum keluar lagi, dan tiada niat untuk buat panoramic photo, jadi sudut yang diambil taklah terlalu tepat. Mungkin lepas ni nak cuba tangkap gambar2 yang lebih kemas supaya senang dijadikan panoramic photo.

Gambar ini diambil di City Campus UNL. Winter baru saja berlalu masa tu. Suhu semakin panas, jadi, ramailah yang ambil kesempatan menikmati nikmatnya bermandikan cahaya terik mentari yang sudah lama diidamkan oleh 'mereka'. Maka, bergelimpangan lah mereka berbaring di sana sini sekitar kawasan campus.

Siapa-siapa yang ada Photoshop dan ingin mencuba, silakan~
1) File - Scripts - Statistics - Pilih kepingan gambar yang hendak digabung - OK

Setelah digabung, gambar ini sudah separuh siap. Teruskan dengan langkah2 berikut. Senang je~

2) Select semua gambar - Edit - Auto-align layers... Biarkan seketika untuk PS menganalisis gambar.
3) Edit - Auto-blend layers... Hasilnya, anda akan lihat, gambar lebih kemas.
4) Merge/Flattern layers.
5) Akhir sekali, Crop gambar mengikut citarasa sendiri.
6) Save as JPG. Siap!

Video tutorial

Dan hasilnya... sebuah gambar panorama yang panjang gabungan dari 4 gambar tadi.

Klik pada gambar untuk paparan yg lebih jelas dan mengancam


Bolehlah buat perbandingan gambar sebelum di atas dan yang telah siap. Menarik bukan?
Selamat Mencuba!

-MHSS-
(gambar hiasan)

March 19, 2010

Spring Break '10

Panas. Suka sangat. Lama rasanya tak merasai nikmat panas setelah berbulan dihujani emping-emping salju putih yang kadang tak tertahan kesejukannya. Alhamdulillah, walaupun cuaca kini tak lah sepanas di Malaysia, paling kurang ia tak lah sesejuk awal dan pertengahan winter, yang perlahan-perlahan mengucap selamat tinggal dan memberi laluan kepada musim bunga (bungakah? kering je pokok..hu) untuk menyerlahkan serinya. Itulah kuasa Allah dalam mengatur gerak alam yang begitu sempurna mengikut kehendakNya, Subhanallah.

Segala puji dan syukur yang berhak hanya untuk Nya kerna memberikan peluang bagi diri ini merasai seluruh nikmat kehidupan hingga kini. Walau ada sedikit kepayahan di sana sini, itulah tanda kasih sayang Allah dan juga pengajar terbaik dalam melalui hidup sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. InsyaAllah. Semoga ditetapkan iman dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian-ujian Allah itu.

Sunset sky

Semalam. Hari yang cantik dan damai, cuma sejuk-sejuk manja je dek angin yang bertiup, boleh lagi pakai t-shirt biasa dua lapis, lega rasanya dah tak perlu pakai baju tebal2.
Latar gambar. Lewat petang di Holmes Lake, Lincoln NE. Kunjungan kali kedua setelah aktiviti barbeque Fall yang lepas. Sungguh jauh bezanya. Tasik yang masih lagi separuh beku dan juga pokok-pokok botak yang tak berdaun, hanya ranting dan dahan peneman seri. Namun masih teruja dengan keindahan saujana di sini setelah berdiri di atas bukit. Cantik, tenang, rasa macam nak tidur je kat situ..he.Gambar ini tidak di edit banyak, hanya tambah tulisan dan 'lighting effect'. Hasil karya sahabat, Amel yang menggunakan dslr Canon EOS40D nya. TY -.-


Without You

Ini pula gambar di Des Moines, sewaktu trip ke Iowa, negeri jiran Nebraska. Alhamdulillah juga, dapatlah keluar dari duduk di kawasan U ni saja. Luaslah sikit pemandangan mata. Sepanjang jalan melihat saujana yang luas terbentang.
Gambar ini pun tak diedit banyak, hanya lighting effect dan kombinasi lapisan warna je. 5 minit siap..
Credit to Amel. Dia terjumpa spot ni sewaktu main lari-lari turun naik bukit nih. Orang, kerusi, dan pokok tunggal berlatar langit luas. Cantik.


p/s: Nak lihat lagi sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang jalan di Iowa dan Holmes Lake sewaktu Spring break ni, jangan segan2 tengok album 'Spring Break' di facebook. :)
Ataupun, baca nukilan menarik Kak Nadiah ini.. =) [promo2..he]

MHSS -.-

December 29, 2009

Cahaya itu kerana NYA

Yeay!! mood mengedit datang lagi~ =)

Nur Ilahi
Tajuk: Nur Ilahi

Tatkala Hanya Bertemankan Sepi.. Diriku Hanya Aku.. Tanpa Nya Ku Tiada Apa~

Memang Sepi. Dan bila mana sepi itu datang menyinggah, macam-macam perasaan pun timbul yang hadirnya entah dari mana. Rindu. Kasih. Sayang. Suka. Gembira. Sedih. Geram. Bosan.

Tapi alhamdulillah, Allah masih kurniakan ku nikmat iman dan syukur bila sepi itu menjengah, diri ini terasa lebih rapat dengan Nya. Kerna tiada siapa untuk ku mengadu, untuk ku bergantung harap, untuk ku luahkan segala ceritera hati yang hanya dengan Nya sahaja aku kongsikan. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Syukur.

Kerana Dia
Tajuk: Kerana Dia

Salam Ma'al Hijrah 1431 = Selamat Tahun Baru 2010

Ma'al Hijrah 1431

Semalam berlalu.. Esok menanti.

Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu. 1430H dan 2009 yang cukup segala rencah. Manis masam pahit masin tawar. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar. Sekali lagi kupanjatkan syukur kerana dapat melaluinya dengan baik.

Semoga hari2 esok yang mendatang dapat diri ini tempuh, sudah terasa bahang kepayahan 2010 itu. Baik dari segi pelajaran yang kian meningkat tahap kesukarannya dan juga kehidupan seharian di tanah asing ini. Berharap agar dapat terus menyesuaikan diri serta berjumpa dengan orang yang baik2, Bi'iznillah.

Harus menetapkan niat dan azam supaya tidak lari dari tujuan asal untuk menuntut ilmu Allah yang Maha luas ini. InsyaALLAH, akan ada ganjaran di setiap langkah ku ini. Setiap detik masa yang berlalu dan tidak akan kembali lagi akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

hmm..

Bercerita sikit mengenai gambar di atas. Ya. Diambil pada awal muharram. Selepas waktu maghrib di Lincoln. Seusai membaca doa akhir dan awal tahun. Melangkah kaki ini keluar beberapa tapak dari muka pintu rumah. (nasib baik duduk rumah bawah...best!! he)
Sudah tentunya, nampak lebih menarik setelah di edit dengan PS. Salah satu aktiviti menghilangkan bosan. ;)
Dan ayat dalam gambar itu juga picisan dari doa akhir dan awal tahun yang dibaca.

Selamat tahun baru diucapkan. Bersama hadapi hari-hari yang mendatang dengan senyuman.

Bebas Laksana Burung - Signs of Allah's Existence

Bebas Laksana Burung

Subhanallah. Segala puji bagi Engkau Ya Allah yang menciptakan langit dan bumi serta apa yang terkandung di dalamnya.

Ya! Bebas. Gambar ini di edit sebaik sahaja lepas exam dan untuk menggambarkan perasaan bebas tu, maka terciptalah gambar ni. Idea datang nak ambil gambar burung sebab di kotak fikiran kita burung adalah makhluk Allah yang bisa terbang bebas kemana sahaja, menggapai awan biru di langit yang terbuka. Tak terlanggar pokok,kereta, mahupun tersadung dek batu2 kecil di jalanan. Begitulah lumrah seekor burung.

Kemudian selak2 folder gambar, terjumpa lah gambar sekawan burung ni yang diambil selepas pulang bermain salji 9 Dec. hari tu.
Gambar burung ni cantik. Suka sebab dapat snap gambar sekawan burung ini yang sedang terbang bersama dalam "Arrow formation".

Tanpa sebarang tali yang mengikat mereka, tanpa sebarang alat kawalan yang menggerakkan mereka terbang sedemikian rupa. Namun mereka hanya terikat di tali Cinta Allah. Hanya Allah yang mengetahui dan berkuasa atas ciptaan Nya.

Sesungguhnya sebaik-baik cara untuk mengenal Allah dan melihat tanda kekuasaan Nya adalah dengan melihat segala ciptaan Nya, alam semesta, langit dan bumi, bulan dan bintang, haiwan2, diri kita yang sempurna tanpa cacat cela ini, dan macam2 lagi.
Terpulang pada kita untuk membuka mata dan hati. Adakah kita sudah cukup beriman dengan Nya atau adakah kita pernah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Nya? Soalan yang diri kita sendiri punya jawapannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berada di bawah payung rahmatnya. InsyaAllah. Ameen~


Berbicara mengenai tanda kekuasaan Allah ini. Inginlah berkongsi satu lagu yang sangat2 bertepatan melihat kebesaran Allah melalui kaca mata akal fikiran dan hati. Mudah. Lihatlah alam sekeliling kita ini. Indah, cantik. Pasti ada penciptanya.

Lagu: Open your Eyes by Maher Zain.

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO...

...

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......


Suara yang mengasyikkan serta lirik yang cukup menyentuh hati. Dapat membuka mata supaya tidaklah hanya melihat alam ini dengan mata hati yang tertutup.
Wallahu'alam.

End of Fall Season

Bila dah datang mood nak mengedit tuh, memang ada saja gambar2 yg menjadi mangsa untuk diubahsuai. Adobe Photoshop CS3 (PS) akan dihadap tanpa rasa jemu, perut berkeroncong pun tak terasa lagi. Itulah hobi diriku ini semenjak 2tahun yg lalu. Elok jugak. Boleh mengisi masa yang kosong ni, cuti2 tak kemana. Sejuk. Keluar pun beli barang dapur je la. Kalau ikut kan hati tak keluar langsung, sebab malas nak dressing berlapis-lapis. .he. (alasan ^_^)
Setengah tahun kut cuti mengedit, sebab pertamanya MALAS masa duduk rumah sebelum datang sini tempoh hari. Lepas sampai sini pulak, beli laptop baru dan nak install PS ni bukanlah mudah. Haihh..macam2 hal lahh US ni. Semuanya nak yang asli. Akhirnya jumpa jugak PS Lite Edition. Yeay!! Tak payah kena bayar beratus untuk itu shj..huh~

mhss4

Tajuk: Teknik Pembahagi Bayang..hehe

Inilah hasilnya yang pertama setelah sekian lama tangan ni tak mendapat sentuhan PS. Tak hilang lagi rupanya skill mengedit ni, alhamdulillah. Malah bertambah lagi, sebab jenguk2 dekat Youtube, ada banyak tutorial tentang editing menggunakan PS ni. BEST!

Ok. Cerita sikit tentang gambar atas nih. 'Penggambaran' dilakukan pd hari kedua Raya Aidiladha hari tu, di East Campus UNL bertemankan Muz
ammil dengan Camera DSLR nya..syok jugak pakai DSLR tu. Terasa nak beli juge nanti, insyaAllah..he. Tapi lambat lagi kut, bersyukur dengan apa yg ada sekarang, bagus jugak Panasonic DMC-FS4 ni.
Gambar ini tak de lah edit banyak pun. Cuma cutting jek. Back
ground dia memang dah lawa. Ambil lagi 5 gambar dari lokasi dan pose yang berbeza, potong lah diri ini menggunakan "Quick Selection tool" dalam PS. Hahh..sebelum ni tak tahu pun yang tool ni boleh digunakan untuk memotong gambar. Lebih smart. Sebab tahu pakai "Magnetic Lasso" jek. Agak leceh sikit lar, tapi dua2 pun ok.
Lepas tu adjust2 la saiz dan tempat2 yang nak tampal 'bayang2' tuh, supaya nampak realistic sikit.huhu.

hmm..

Sebenarnya banyak tempat bergambar, especially di pokok2
yang kian menggugurkan daunnya. Almaklumlah, dah nama pun masa tu musim Fall. Tapi sangat cantik pokok2 itu walaupun gondol tidak berdaun. Subhanallah. Kalau di Malaysia agaknya dah boleh kena tebang..he.
Hari itu Amel ajak keluar berbasikal sebab tengok cuaca pun cantik, sebelum winter datang, baiklah bergambar-gambar dulu.



Ok cukup. Banyak-banyak bosan pulak. -.-

October 25, 2009

autumn

Wajah2 Autumn. Diambil di Holmes Lake, Lincoln, Nebraska USA.

Autumn Colors 5


Autumn colors 2

Autumn colors 3


March 1, 2009

Jalinan ukhwah


Pertemuan dan menjalinkan ukhwah itu sungguh mudah semudah ABC atau 123, tetapi hendak mengekalkan sesuatu perhubungan dan ikatan ukhwah itu amatlah payah.

Ukhwah yang indah, tulus, dan murni memerlukan keikhlasan yg penuh dalam hati agar pertemuan yg terjalin itu tidak mati di tengah jalan. Untuk memperoleh keikhlasan dalam apa jua, tiada lain hanyalah dengan berniat segala yg dilakukan kerna yg SATU, yakni Allah SWT. Barulah ukhwah yg terbentuk itu berkekalan disamping mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.

Semua insan yg hadir dalam hidup kita setiapnya membawa erti yg tak pernah kita tahu, yg tak pernah kita andaikan. Walaupan ia hadir cuma sebentar namun kehadirannya itu mungkin bermakna dan mengajar kita sesuatu, yg kadang2 kita tidak mahu berfikir untuknya. Segala kejadian yg berlaku sehari-hari dlm hidup kita ada yg tersurat dan tersiratnya. Yg tersurat dapat kita lihat dengan mata, tetapi yg tersirat itu hanya mata hati yg dpt melihatnya, kemudian akal fikiran bertindak pula bagi menyelami setiap maksud peristiwa itu. Sinonimnya, jika seseorang yg kita temui walau secara tidak sengaja mungkin dialah insan yg akan membantu kita kelak. Jadi, apatah lagi jika insan2 yg hadir itu bergelar ibu, ayah, keluarga, sahabat, rakan sekolah, rakan sekerja, dan jiran tetangga...sudah tentu lebih banyak lagi keperluan dan maknanya dalam hidup kita.

Maka, manfaatkanlah setiap pertemuan itu dan ikhlas dalam setiap perhubungan, insyaAllah kita tidak akan rugi hanya dengan berkawan dan menganggap setiap orang itu sebahagian dari hidup kita, hidup yg sementara ini di alam dunia pinjaman Allah SWT.

February 28, 2009

February 23, 2009

January 21, 2009

Muslimah sejati

muslimah

Thanks for viewing this picture. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails