Pertemuan dan menjalinkan ukhwah itu sungguh mudah semudah ABC atau 123, tetapi hendak mengekalkan sesuatu perhubungan dan ikatan ukhwah itu amatlah payah.
Ukhwah yang indah, tulus, dan murni memerlukan keikhlasan yg penuh dalam hati agar pertemuan yg terjalin itu tidak mati di tengah jalan. Untuk memperoleh keikhlasan dalam apa jua, tiada lain hanyalah dengan berniat segala yg dilakukan kerna yg SATU, yakni Allah SWT. Barulah ukhwah yg terbentuk itu berkekalan disamping mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.
Semua insan yg hadir dalam hidup kita setiapnya membawa erti yg tak pernah kita tahu, yg tak pernah kita andaikan. Walaupan ia hadir cuma sebentar namun kehadirannya itu mungkin bermakna dan mengajar kita sesuatu, yg kadang2 kita tidak mahu berfikir untuknya. Segala kejadian yg berlaku sehari-hari dlm hidup kita ada yg tersurat dan tersiratnya. Yg tersurat dapat kita lihat dengan mata, tetapi yg tersirat itu hanya mata hati yg dpt melihatnya, kemudian akal fikiran bertindak pula bagi menyelami setiap maksud peristiwa itu. Sinonimnya, jika seseorang yg kita temui walau secara tidak sengaja mungkin dialah insan yg akan membantu kita kelak. Jadi, apatah lagi jika insan2 yg hadir itu bergelar ibu, ayah, keluarga, sahabat, rakan sekolah, rakan sekerja, dan jiran tetangga...sudah tentu lebih banyak lagi keperluan dan maknanya dalam hidup kita.
Maka, manfaatkanlah setiap pertemuan itu dan ikhlas dalam setiap perhubungan, insyaAllah kita tidak akan rugi hanya dengan berkawan dan menganggap setiap orang itu sebahagian dari hidup kita, hidup yg sementara ini di alam dunia pinjaman Allah SWT.