January 21, 2010

Hawa

Di kala sang bulan gah memerhati alam, ditemani si bintang-bintang mempersona gelitanya malam, menghiasi langit cakerawala yang kian suram, dalam kesamaran itu tampak syahdunya wajah insan menginsafi akan khilafnya yang silam, jemarinya rancak meratib butiran tasbih sedang alunan irama cinta berkumandang dibibir memuji-muji kebesaran Tuhannya... Tuhan sekalian alam.

Di sebalik tirai kamar hatinya, dia berbisik dan merintih ke hadrat Tuhan yang Maha Esa, "Adakah ini balasan MU kepadaku? Apakah ini yang selayaknya aku terima Ya Allah? Jika inilah dugaan MU bagi mematangkan diri ini, aku redha Ya Rabbi. Jika dengan dugaan ini membuatkanku tersedar, terima kasih Ya Tuhanku. Sesungguhnya hambaMu amat lemah dalam meniti gelora kehidupan yang penuh pancaroba, dalam melayari bahtera hidup yang Engkau amanahkan, dalam mendaki gunung kasihMu nan sayup tinggi. Bantulah diri ini dalam mencari sinar yang didambakan setiap insan, sinar kebenaran yang membawa ku terus menuju ke jalan Mu, Ya Rabbul 'Izzati."



Di atas sejadah cinta itu terlerainya segala rahsia, terhapusnya butir-butir dosa dan noda, berharap ianya akan terus terhapus bersama titisnya rintih air mata yang tercurah membasahi pipi. Seikhlas mungkin dia merayu dan mengharap, tulus dari dalam hati yang benar-benar merindui maghfirah Nya.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.

[Surah Ali 'Imran: Ayat 133]


Pagi esoknya.


"Zaza! Awak nampak lainlah hari ni. Serius. Apa rahsia? Pakai Fair and Lovely ek? Hehe. Nampak cerah semacam jek. Muka berseri-seri." Senda Anisah. Mereka memang sudah sangat rapat. Jadi memang tak makan dalam bagi Zaza dengan kata-kata seloroh sahabatnya itu. Normalnya sebegitu, kalau dia tak bising dan tak menyakat rakan sebilik boleh diandaikan dia sakit atau ada masalah.

"Mana ada pakai ape-ape.. Macam biasa je lah. Hahh, ni mesti ade benda nak minta tolong la ni. Takpun, nak suruh Za turun beli nasi lemak..kan? Mengaku je la Anisah.. Hee. Boleh, kejap lagi tau, nak gosok tudung ni dulu." Balas Zaza dengan senyum yang tidak pernah lekang terukir diwajahnya menambah manis dan ayu, pasti dapat meluluhkan jiwa-jiwa si 'adam' yang mendambakan wanita sepertinya.

Zaza sudah banyak berubah, dia tak lagi berpakaian sembarangan seperti dulu. Kehidupannya serba baru apabila berhijrah ke alam yang baru, tempat belajarnya kini. Gah dengan namanya, Universiti Islam Antarabangsa, jadi sudah tentu perlu Islam dari segala segi, baik dalam dan luaran... Itulah antara aspek yang menjadi motivasi bagi Zaza selain dari hidayah Allah yang amat besar, datangnya hidayah itu memang sungguh perit untuknya terima. Namun, itulah bukti kasih sayang Allah kepadanya, walau pahit hempedu sekalipun harus ditelan bagi menganjakkan dirinya jauh dari sejarah silam.

Dia juga lebih matang dalam membuat keputusan, sama ada keputusan untuk dirinya ataupun bagi orang lain. Kadang-kadang sampaikan dia banyak memikirkan masalah teman-teman lebih dari dirinya sendiri. Bagi Zaza, biarlah orang lain mendapat yang terbaik dan gembira berdampingan dengannya tanpa mengetahui apa yang tersirat disebalik manis senyuman itu. Deritanya diharung sendirian kerna dia tak pernah risau untuk mengadu pada siapa tentang masalahnya itu. Cukup baginya kekasih Yang Satu, yang sentiasa berada di sisi tatkala jiwanya merintih dan memohon pengharapan agar diberikan ketenangan dan penyelesaian.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya dari Anas:

"Seluruh kalian adalah pembuat salah dan dosa, dan orang yang berdosa yang paling baik adalah mereka yang sering bertaubat".

WAHAI PARA MUSLIMAH...TAATILAH PERINTAH ALLAH,
DAN INGATLAH KAMU AKAN JANJI2 ALLAH KEPADA SESIAPA YANG MEMEGANG KUKUH AGAMA SEPERTI MENGGENGGAM BARA API..
DAN INGATLAH KAMU AKAN AZAB2 ALLAH BAGI MEREKA YG INGKAR....
JADILAH KAMU SEPERTI SEBUTIR PERMATA YANG PENUH DENGAN SIFAT MALU
(KERANA SEBUTIR PERMATA YANG TERSEMBUNYI PASTI MEMPUNYAI HARGA YG TINGGI...)

WAHAI KAUM HAWA...
JADIKANLAH DIRIMU SEBAHAGIAN DARI MEREKA YG BERTAQWA DAN SOLEHAH...

WAHAI KAUM ADAM..
JAGALAH PANDANGAN KAMU DARI MELIHAT AURAT WANITA AJNABI
YANG KELAK DAPAT MERUNTUHKAN TEMBOK KEIMANAN YANG KAU BINA

*********************************


p/s: Semoga kita dibukakan pintu hati untuk memohon ampun dan taubat kehadrat Ilahi sebaik tersedar dari melakukan kebatilan, InsyaAllah.
Hanya dengan itu sahajalah dapat mengembalikan sinar kehidupan tatkala jiwa kelam dipanah titik-titik noda godaan syaitan laknatullah.


Nukilan,
MHSS -.-
Khamis, Januari 21, 2010

Sambungan> Hawa 3

8 comments:

Nadiah Sidek said...

ni boleh hantar kat syarikat penerbitan buku ni. mana tau kalau2 ada rezeki..terbit la buku syafiq. agak2 sampai hawa ke berapa baru habis ek? :)

MHSS said...

kak nadiah,hehee..tak terfikir lagi la pulak nak dibukukan tulisan yg tak seberapa ni..hu.
tp klau akak nk tlg terbitkn oke je..hahak.

oh,soalan yg tu pun takde jwapn, tulis ikut mood n bile ade idea je. klau rasa nk smbung nt,ade laa..huhu

mimi syamimi said...

akk pon setuju...heee~
terbitkan yeh...kasi setanding hlovate
=)

MHSS said...

kak mimi..
hahaa...perlu ker..nnti la lepas grad fkir..he -.-
huishh..setanding hlovate tuhhh...hukhuk

Iwan Ghazali (Iwan Reaz) said...

nampak improvement ar hapiz. bagus2... metafora dan simile yang gah...

MHSS said...

Shukran jaziilan wabaarakallaahufiik
=)

Nurul Izza said...

piz..fulamak...sukela berayat ni..pandai mengarang..leh publish ni.mana tau rezeki jd penulis plak..;p

MHSS said...

kak izza,
huhuu..alamak,jauh sgt tu nak fikir..he. tulis untuk saje2 je..isi mase lapang duduk sorg2 nie :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails