Diam. Sunyi. Sepi. Ini kalau najis cicak jatuh pun boleh dengar macam bunyi kapal terbang terhempas. Tapi nasib baik la tak jumpa lagi spesis cicak kat rumah ni. Ada je TV nak tengok, tapi nafsu menonton tu lari entah ke mana. Macam-macam jenis siaran ada, dari local channel sampai la ke benua Australia sana ada. Betul ke? Main cakap je.hehe. Tapi memang banyak, belum sempat nak menghafal satu persatu. Takut. Dah hafal nanti asyik saja duduk depan TV dengan kerja lain menimbun suci tak ternoda. Parah.
Mug berisi hot chocolate dibiar sejuk menanti disua ke mulut. Buku Statistic yang dipinjam dari Love Memorial Library pun dari tadi hanya menanti penuh harap untuk dibelek. Kesian. Tak apa lah, hari sabtu macam ni cadang memang nak rileks sikit. Harap-harap encik buku tu faham, tak merajuk. Ini kalau ada orang ajak keluar jalan kan ke baik, takdelah duduk sorang2 macam ni. Kesian betul la diri nih.
Tirai langsir sliding door diselak hingga ke hujung, ruang rumah bawah yang tadi nya gelap kini terang dek nikmat cahaya matahari kurniaan Allah menyimbah masuk. Siang yang sangat damai di Lincoln, pagi sabtu ni. Tunggu lah malam nanti, 2 3 jam sebelum 'kick off' sampai la habis match memang Lincoln lah satu-satunya tempat di Nebraska ni yang paling ramai orang kunjungi dan havoc giler. Go Big Red!! Go Big Red!! Akan sayup-sayup kedengaran di ruang atmosfera City Campus UNL ni. Dan semestinya semua nampak merah. American Football. Sukan yang sangat sangat digilai Americans. Hampir ter influence jugak lah semenjak duduk sini. Memang takkan terlepas setiap minggu menghadap TV tengok benda alah tu. Dari tak faham apa-apa, sampai dah boleh jadi coach agak nye nih..he. Tapi seriously memanglah tersangat banyak rules dalam sport ni. Complicated untuk difahami satu persatu. Tapi yang penting, TOUCHDOWN!! Hehe.
Teringat baca komik kreko zaman sekolah dulu. Duduk kat asrama memang akan meriah dengan komik-komik, tak payah beli, agak-agak bosan, jalan keliling asrama masuk satu persatu dorm cari komik nak dihadap. Biasalah, waktu tu barang mu barang ku juga. Lagi-lagi bila dah dapat pangkat super senior. Ada satu kartun dalam komik tu, Eyeshield 21!! Cerita pasal American football ni lah. Dari situ lagi dah memang agak minat. Tak sangka dapat pulak tengok secara LIVE dalam stadium kat tempat lahirnya sukan ni. Syukur. Tapi pelik. Tahu sukan ni dari komik jepun. Hebat orang jepun ni sampai sukan negara orang pun mereka boleh expose dengan baik, sempurna dan watak Kobayakawa Sena (Eyeshield 21) tu mencerminkan orang jepun tu sendiri. Cilik, tapi hebat dan pantas. Kagum.
Kringgg...Krinngg..Krinngg..~ (oke,ringtone ni tipu jek, entah macam mana nak buat bunyi lagu ringtone hp tu pun tak tahu..layann je)
Telefon ni pun, masa orang tengah mengelamun ni la dia nak menjerit. Tapi ok jugak, mana tau nak dapat duit jatuh dari langit ke..he. Oh, Muzammil! Peti inbox pun dibuka tanpa ragu.
Tertera di skrin, “Salam. Nak ikut tak pergi BBQ kat luar? Ada dua kereta. Kau email aku alamat ko eh. Aku datang amik lepas zuhur”.
Wah, dia ni macam boleh dengar je kata hatiku ni tadi. Gembira, rasa macam baru dapat berita mak bagi kahwin..eh kesitu pulak.he. Alhamdulillah. Mestilah nak. Nak email ke? Reply message ni je sudahh. Membazir je bayar tiap bulan kalau tak digunakan khidmat SMS ni. Lebih cepat. Yay, tak sabar. Baru lah semangat rasanya nak memandikan diri. Ada tujuan, kalau tak, berkain pelekat je la sampai ke malam, sampai ke hari isnin pagi mungkin. Hishh3.

Muzammil. Lelaki melayu pertama yang berjaya ditemui semenjak menjejakkan kaki di bumi Lincoln ni. Hari jumaat mempertemukan kami, di Pewter room, lepas solat jumaat. Gembira tak terucap. Orang Malaysia lain yang jumpa sebelum ni semua nya cina dan seorang india,Adel, boleh jadi kawan, tapi yelahh, tak sama dengan kawan melayu sendiri.
“Where are you from?” soalan pertama yang terkeluar bila terpandang wajah yang agak-agak asian ni. Yela, mana tahu, Indonesia ke, Singapore ke, Vietnam ke or even mix American. Buat malu je nanti semberono cakap melayu.
“Aku orang Malaysia la, johor.” Tak salah la, sah la ni melayu. Terasa diri ni bukan keseorangan sejurus lepas tu. Sama-sama dari johor pulak tu. Jodoh.
Seperti biasalah, sesi suai kenal pun berlangsung ditemani seorang lagi akhi dari Indonesia, Vito yang dikenali seminggu sebelum tu, di surau ini juga lah. Allah Maha Kuasa. Syukur. Mempertemukan kami di sini. Sememangnya, bertemu saudara seislam bila berada di perantauan ni adalah sesuatu yang sangat berharga. Tiada saudara lain. Ikatan agama suci inilah yang menyatukan seluruh umat. Subhanallah. Segala puji bagi engkau Ya ALLAH.
“Dah makan? Jom makan.” Ajak Muzammil yang lebih gemar dikenali sebagai Amel.
“Belum. Memang nak makan la ni. Tak pegi mana2 lepas ni? Ada kelas lagi?”
“Takde kelas dah. Jom makan kat food court City Union ni.”
“Eh, ada yang halal ke kat sini?” Keraguan ku terserlah. Memang persoalan yang pertama bermain di kepala minda ni kalau sebut pasal makanan ialah bab halal haram dan shubhah. Semestinya itu yang perlu diutamakan. Tazkirah diri sendiri.
“Janganlah makan yang dah pasti tak boleh makan tu, makan roti je la apa lagi. Jom!”
“Erk, roti ek.. roti pun roti lah..he.” Baru berbelas minit borak, dah terasa kemesraan. Boleh jadi kawan ni sampai bila-bila. Ada chemistry, istilah jawa nya.he.
Amel. Graduate student. Senang kata, dia ambil Master la di UNL ni. Water engineering kalau tak silap. Berborak lama di meja makan. Macam-macam cerita dikongsi. Tapi, dialah yang banyak bercerita. Elok juga, tak banyak pun cerita diri ni kalau nak di kongsi dan tak menarik pulak tu. Pengalaman belajar di UK sebelum ni, dia gunakan untuk hidup di US. Tak banyak yang sama, sikit pun jadi lah. Memang rajin jalan dia ni rupa nya. Sebulan jejak kaki di US, terus travel New York sendirian. Tak boleh lagi ni jadi macam dia. Yela, belum biasa lagi. Tapi hajat tu ada..he. Cerita pasal suhu dan cuaca di Lincoln ni. Dengar darinya, tersangatlah menakutkan kesejukan nya bilamana winter datang menjelma. Ada dalil2 yang disebutkan Amel mengapa Nebraska ni menerima suhu yang ekstrem bila musim panas dan sejuk. Tapi lupa sudah, almaklumlah encik Engineer berucap keluarkan istilah2 yang tak dapat diterima minda buat masa tu. Habis dibuang satu persatu. Tak apa, lepas ni suruh dia cerita semula. Menarik.
Dua tahun berada di Lincoln diringkaskan dengan penuh padat dan sendat dalam penceritaan nya. Memang menarik. Raya pertama nya dua tahun lepas pun sama denganku. Agak sedih, sendirian. Masa tu belum jumpe lagi dengan Suhaizi, dan Abang Hafiz serta isterinya Kak Izza, katanya. Melayu yang dulunya ramai di UNL ni, tapi sekarang makin berkurang. Entah kenapa itu kita semua tidak tahu. Ceritanya lagi, bagaimana dia berjumpa dengan kawan-kawan melayu lain, duduk seorang, kemudian pindah tinggal bersama Suhaizi dan seorang akhi dari Pakistan. Kemudian, summer lepas datang pula pasangan baru, abang Zaki dan kak Nadiah serta anaknya yang kiut miut,Safiyyah. Bertambah la ahli keluarga melayu di Lincoln ini. -.-
“Baju apa ya nak pakai keluar sejuk-sejuk macam ni?” Bertanya sendiri. Jawab pun sendiri lah, kalau dengar ada orang lain tolong jawab, memang langkah sepuluh ratus ribu la kot. Memang lah fail kalau bab-bab pilih baju ni. Mungkin nak kena ada image consultant sendiri la nih, merangkap bini semestinya..he. Sudah! Berangan pulak.
Tak tahu nak bawa apa, dan tak tahu nak dibawa kemana la ni oleh mereka. Amel ni pun cakap kat luar je. Tapi tak pe la pun, bukan nye pegi sendiri, ikut je la nanti. Mesti dekat2 campus je la agaknya. Jadi, bersiaplah diri ini, berdandan mana patut, camera digital Lumix, Panasonic DMC-FS4 memang tidak boleh tinggal. Rakan baik kemana saja ku pergi semenjak 3 bulan yang lalu. Tugasnya untuk menangkap setiap minit kenangan yang berlalu dan tidak akan kembali lagi tu. InsyaAllah, sampai tua nanti wujud lagi koleksi2 gambar ni semua, boleh la nak tunjuk kat cucu-cucu…jauh sangat la plak fikir,haihlaa. Maka, berdirilah diluar apartment 2007 Q di 20th ST. ni. Tunggu luar lagi baik. Senang abang hafiz dan yang lain dapat cam, walaupun angin sejuk lembut membelai tubuh ni tak tertahan rasanya, sampai ke tulang sum2, perlu dibiasakan juga.

2 comments:
beshnye... nak g juge~hehehe...
hehe.. boleh2.. mari lahh~~ :)
Post a Comment