January 16, 2010

Snippet: According to them and their book

Selasa, Jan.12 - Hari kedua kelas dalam semester kedua ini berlangsung baik, alhamdulillah. Walaupun salji-salji yang masih memenuhi segenap lapisan inci dataran bumi UNL ini, dengan suhu yang masih di bawah paras beku, perlu diharungi jua. Inilah yang pertama pengalaman ke kelas dengan merasai kesejukan salji. Mengigil. Bagi diri ini yang baru hendak membiasakan diri, biasalah 3 lapis baju campur winter jacket siap dengan snowcap, seluar pun mesti kena pakai thermal kat dalam, classmates lain yang American segelintirnya rilek je macam pergi kelas time Fall, gloves pun ada yang tak pakai! Fuhh..tebal kulit mereka agaknye..hee.

Sehinggalah petang sesudah pulang dari kelas dengan menaiki basikal (boleh lagi naik basikal, lalu jalan rata takpe..he. Lebih cepat berbanding nak tunggu bas), sesudah pulang dari UR Grocery (Kedai Runcit Pak Arab) membeli sekampit beras basmathi 15 lb dengan 2 tin sardin Morocco... Ketika sampai di muka pintu apartment 2007 Q, berdirilah seorang pakcik di sebalik pintu itu, datuk mungkin, usia lingkungan separuh abad lebih, berbadan besar serupa macam badan Santa Claus cuma janggut dia tak seputih watak typical Santa tu, berbaju biasa dengan menyarung baju ala-ala pekerja bengkel diluarnya... Pelik. Nampak macam bercakap sendiri, mulut terkumat kamit membaca sesuatu.. Dia menoleh, perasan ku di luar. Baik. Dibukakannya pintu itu untuk diri ini mungkin agak kesian melihatkan ku membawa kampit beras yang disangkut di kepala basikal.. sambil meraba-raba kocek jeans mencari gugusan kunci dengan sarung tangan tak dicabut terlebih dulu memang agak nampak kelam kabut la..hu.


"Thanks..." Ujarku dengan mengukir senyum tanda berterima kasih dan hormat kepada yang lebih tua, sambil menyorong basikal masuk ke dalam.
"You bet." Jawabnya ringkas. "Oh, young man.."
"Yup.."
"Are u from Philippines?"
"Nope.."
"Indonesia?"

"No, I'm Malaysian."
"Alright, yeah I can tell that by read on your face."

Cehh..dah silap dua kali.. nak cover la tu..bisik hati nakal ni..he. "Asian person looks a little bit alike, right. Some people said that i'm chinese though.."
"Yerp.. and do u know the history about your country and the area that u live in? I mean that South East Asia.."
"Err..yeah.. I've learned about that few years ago but now
just a bit which i could remember. Why?"

bla..bla...blaa....
Sangat panjang celoteh pakcik ni, memang betul-betul hafal sejarah ke dia? Entah nama siapa-siapa yang disebutnya.. Fakta atau Auta itu tak dapat dipastikan. Diri ni mengiyakan jee.. Malas nak fikir, tak masuk silibus dah...hu.
Ada satu soalan dia tanya jarak Filipina dari Malaysia.. errr...memang sangat payah la soalan tu.. nak convert ke miles pun jenuh fikir.. at last dia kata sebab dia pernah tersesat dekat kepulauan Filipina tu dulu.. Ooo..patut la dia kenal rupa orang sana sampai muka ni pun dikatakan orang Filipina.

(8 minit lebih berlalu..nak bagi alasan apa la ni kata nak masuk rumah..haihhh)
Lebih dua tiga kali rasanya cuba menjarakkan diri sikit demi sedikit hingga ke pintu rumah 103 tu, tapi bila dah berhenti cakap, dia sambung balik..adoi~


Tapi bukan itu yang nak diceritakan dan menjadi topik utama entri ini.. Ini dia...

"Young man.. what's ur name? You can call me Bob, i'm staying upstairs on 2nd floor, 202."
Oh betul jugak, dah lebih 4 bulan duduk sini, tak pernah bertegur sapa, bertaaruf, nama pun tak tau.. "Muhammad. Oh yea, nice to know you, Bob."
"So you are Moslem?"
"Exactly."

Nampak ghairah pulak tetiba pakcik ni.. Sambil tangannya menyeluk saku di dada, mencari-cari sesuatu. Sedikit rasa cuak menghantui diri saat itu. Dalam hati tak henti berdoa supaya diberi perlindungan Allah dari segala yang buruk.

"Here you go.. take it!"
"What..." Sekeping kad kecil berwarna kuning dihulurkan dengan tertera di atasnya tulisan.. 'The Four Basic Laws of Religion', itulah yang sempat dibaca. Faham. "Oh, thank you."

Terus menjarakkan diri lagi... sudah semakin hampir dengan pintu rumah. Tak larat rasanya dah berdiri lama sambil menanggung beban berat basikal campur beras tuh.

"You may need that. If do u have question you wanna ask, just knock my door.... This saturday, church will do an event..."

Ok..sebelum diri ini kena 'tazkirah' dengan lebih panjang lebar. Cepat-capat je bawa basikal dengan barang ku berlalu pergi. Ada lagi tu suara dia dengar dari jauh.. Mungkin dia nak ajak pergi dengar talk ke apa kat gereja tuh..huh. Sorry pakcik. Dengar, tapi buat-buat tak dengar dan terus masuk rumah. Letih!

(Jumpa pada mulanya dia sedang bercakap sorang, maka tidak mengapalah jika ditinggalkan pun dia bercakap sorang-sorang.. Dia memang macam tu agaknya..haihh -.- )

Seronok rasanya dapat berbual dengan pakcik tu, tapi rasa macam membuang masa bila fikir balik. Apa-apa pun. Perlu menghormati warga tua dan hormat agama kepercayaan mereka.

Hmmm...

Sampai begitu sekali mereka menyebarkan agama mereka. Sudah beberapa kali juga mendapat naskhah bible (New Testament) di Campus. Biasanya ditempat-tempat tumpuan ramai, di hentian-hentian bas, ada la dua tiga orang yang bekerja dengan gereja mengedarkan kitab-kitab mereka itu. Kecil je. Ada dua dah koleksi bible tu tersimpan kat almari, yang lagi dua, berjaya ditolak dengan baik untuk tak mahu menerima.
Terfikir, entah-entah yang dikumat kamitkan oleh pakcik Bob tu, dia tengah 'mengaji' kut.. 'Alim' sungguh nampaknya dia tu..he. Keluar rumah pun bawa bible dan kad-kad yang macam tu. Cara mereka berdakwah mungkin...

Nasihat untuk diri kita, malu lah kita yang Islam ini, sudah ada kitab yang suci lagi benar, sematkanlah al-Quran di hati, zahirkan dengan ucapan dan perbuatan, rajin-rajinkanlah membaca ayat suci al-Quran walau di mana jua (tempat yang tak boleh tu faham2 lah), walaupun dengan membaca ayat-ayat lazim... InsyaAllah itulah senjata, pendinding dan perisai kita sebagai muslim.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Surah Al A'raaf: Ayat 199-200]


Sekadar ingin berkongsi apa yang tertulis pada kad kuning itu:


The Four Basic Laws of Religion (According to them and their book)
  • God loves you and has a wonderful plan for your life.
But why don’t most people have this abundantly life? (merujuk kepada John 10:10) Because
  • Man is Sinful and Separated from God, thus he cannot know God’s plan for his life.
The third law gives us the only answer to this problem.
  • Jesus Christ is God’s only provision for man’s sin. Through him you can know God’s love and plan for your life.
It is not enough to know these three laws or even to believe them…
  • We must receive Jesus Christ as rescuer and ruler of our life – by personal invitation.
[Klik pada imej untuk paparan yang lebih mengancam]

[Patutla si pakcik Bob ni bawa kad ni selalu, di sebelah kanan kad ni ada menyebut: Keep this card in your billfold; you may want to read it again.. hmm]


A suggested prayer: Dear Lord Jesus Christ, please forgive my sins and restore our friendship. Take charge of my life and thank you for hearing this prayer. Amen.

[Terkejut juga bila baca ayat yang terakhir ini… mereka juga rupa-rupanya mengamalkan menyebut Ameen sesudah berdoa!]

Ada 'dalil-dalil naqli' dari kitab mereka yang disertakan bersama isi-isi tersebut, bolehlah klik pada imej di atas jika ingin membaca.

Baca dan fikirkanlah sendiri menggunakan ilmu yang kita ada, bacaan al-quran dan hadis yang kita fahami, adakah ke semua law yang mereka percaya ini benar, palsu, ataupun kelakar...?
Dan mengapa mereka menyebut Laws of Religion? Bukannya Laws of Christianity? Itulah umpan mereka untuk menarik orang percaya dan berminat dengan agama mereka.

Allah SWT juga ada berfirman;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)." Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
[Surah Al Baqarah: Ayat 120]

Perisai Muslim:

"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan segala makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan semua yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku pada waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang kecuali dengan tujuan yang baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih".

Semoga kita sama-sama dikuatkan iman dalam menempuh kehidupan dunia yang kian mencabar ini. Dan berpegang teguhlah pada ajaran al-Quran dan al-Hadis yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Hanya itu sahajalah yang dapat menyelamatkan kita dari terjerumus ke lembah kebinasaan yang disediakan oleh syaitan dan pengikutnya kafir laknatullah.
Bi'iznillah.

Jazakumullahu khair al-jaza'

Wassalam~

MHSS -.-
Sabtu, Januari 16, 2010

6 comments:

Nadiah Sidek said...

hehe..kena 'dakwah' ye? akak pun kena sekali dulu masa kat apartment lama. masa tu abg zaki takde. ada orang duk ketuk2 pintu, tengok2 ada 2 orang perempuan. ingatkan nak apa, rupanya nak 'kenalkan' dengan kristian & bible. layan je la kejap, takkan nak halau kot :p. lagipun tak elok la menghalau, nanti persepsi diorang terhadap Islam bertambah2 negatif pulak

pasal 'amen' memang lebih kurang sama pun. kalau perasan, tengok dalam tv..time diorang nak makan, diorang akan baca 'doa' dan lepas tu memang akan sebut 'amen'. seingat akak, sebutannya: a tu macam kita sebut huruf a dan men tu macam sebut men=lelaki

MHSS said...

kak nadiah, hehe..ha'ah.. dia nk ajak borak je kut sbb tengah tggu anak dia turun. tp bile tau syfq Islam, tu yg dia nk 'bdakwah' tu..
oh, yeke.. waa..sampai ketuk pntu rumah. kira mcm tabligh gak la tu..he.

ooo..tu la. tak prasan sgt klau tgk tv, sbutan 'amen' dia lain ek..patut laa..
thanks beri info =)

Jamal Rafaie said...

Salam..

Menarik dan mencabar pengalaman kau ni.. Aku belum diuji lagi pasal benda ni. nauzubillah..

Tahniah sebab dapat belajar jauh2.. Aku x tau lagi, belum ada rezeki lagi kot. Mungkin dapat pergi seluruh dunia dengan berkat usaha dakwah Islamiah.. Insyaallah..

Selamat berjuang, sahabatku..

MHSS said...

waalaikum salam..
yup, biasalah kat mana2 pun kita boleh diuji.. tak besar sgt pun klau nk dibandingkan dgn ujian2 yg kita tak dpt lihat,tak dpt sntuh.

thanks..alhmdulillah dpt rezki n pluang ke sini bljrnya.
yup,insyaAllah..semangat tu yg kita mahukan!! he
bagus2.. =)
ty.

Nurul Izza said...

kat sini mcm tula..xsalah kalau dia nk dakwah kita.cuma kt yg perlu hati2.ms bersalin kan Iman, siap org church datang doakan lagi.dan bg kad..konon angle mendoakan kesejahteraan Iman. xpe..diorg xbuat jahat pon..cuma kt kena hati2 la kan..

p.s: kakiza jenuh nk cari manela kotak komen..upanya kt atas..

MHSS said...

oh..yup btul2.. mmg tak salah pun. semua agama berhak mnyampaikan ajaran apa yg mereka rasa betul.. Islam pun mcm tu jugak kan..
Rasa bersyukur dilahirkan sbg Islam, and yup..mmg kena lebih hati2,insyaAllah ditetapkan iman kita. ;)

- oh..hehe..kotak komen tu dia mmg pemalu sikit,org tak biasa,mmg susa jmpe die..hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails