Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulallah SAW bersabda:
Wa inna filjasadi mudghah, iza shalahat shalahal jasadu kulluhu, wa iza fasadat fasadal jasadu kulluhu, ala wahia al-qalbu.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Potongan dari sebuah hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-imam Bukhari dan Muslim)
Lalu kita bertanya, di manakah terletaknya hati (qalbu) itu? Ayat-ayat Allah menjawab:
"...Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qulubullatifissudurr (hati yang di dalam dada)".
[Surah al-Hajj, 22:46]
Wallahu'aleem.
Diri ini cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh seorang sahabat berbunyi:
Untuk menilai seseorang atau sesuatu mana yang lebih penting? (Memandang dengan mata yang terbuka atau mata hati yang terbuka)
Contoh: Melihat seseorang itu pada luarannya baik (mata melihat setiap hari dia buat baik, tiada apa yang salah di mata kasar). Jika gunakan mata sahaja, kita akan menilai dia seorang yang baik. Betul.
Sekadar boleh jadi kawan, untuk pergi lebih jauh/lebih rapat, perlu juga nilai dalamannya.
Yakni, apa yang terselindung disebalik dirinya, yang dilakukan dibelakang orang, tiada siapa yang tahu.
Macam mana kalau nak juga ambil tahu? Mata hati perlu dibuka seluasnya. Hati melihat selalunya yang 'contradict'/bertentangan dengan apa yg dilihat oleh mata kepala (Normal sebagai manusia, hati kita ini tidak istiqamah bersih -.- ). Betul atau salah itu tak pasti. Tapi boleh diyakinkan dengan naluri hati. Naluri hati ini suatu anugerah Allah untuk yang bergelar manusia. Subhanallah walhamdulillah.
Adapun menilai dengan mata hati terbuka itu lebih baik, tapi ada juga sedikit kurangnya jika 'membutakan' mata kepala. Menolak apa yang dilihat = menolak fakta = menipu diri sendiri.
Juga, kita akan kadangkala cepat bersangka buruk pada seseorang/sesuatu itu, lebih-lebih lagi pada yang tak kenal/baru kenal.
Tetapi ini (bersangka buruk) juga boleh dielakkan dengan kerap melakukan pembersihan hati.
Contoh: Sama-sama kita fikirkan... insyaAllah.

Secara dasarnya, seseorang/sesuatu itu boleh dinilai menerusi 2 aspek. Luaran dan dalaman.
Jadi, untuk menilai/melihat luaran atau fizikal ssorang/ssuatu tu gunakanlah mata kepala.
Untuk menilai perkara dalaman pula gunakanlah mata hati.
Akal kemudian mentafsir maksud kedua-duanya (apa yg dilihat dengan mata dan mata hati).
Persoalan mana yang lebih penting untuk digunakan tu pada hemat saya tak perlu dijadikan isu.
Sebab: Kedua-duanya memainkan peranan yang sama penting.
Analoginya: Kita memakan coklat menggunakan mulut, tetapi mulut tidak boleh merasa, yang merasa rasa manis coklat itu adalah lidah.
[mulut=mata kepala, lidah=mata hati, coklat=seseorang/sesuatu]
Kesimpulan analogi: Jikalau tanpa lidah, apa gunanya makanan yang dimakan menggunakan mulut. Tiada rasa/makna.
Maka, samalah apabila kita menilai seseorang/sesuatu.

Memetik senikata kumpulan Hijjaz dalam nasyidnya bertajuk 'Mata Hati' :
Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Jikalau hati itu bersih.
Hati kalau terlalu bersih, Pandangannya kan menembusi hijab, Hati jika sudah bersih, Firasatnya tepat kehendak Allah, Tapi hati bila dikotori, Bisikannya bukan lagi kebenaran.
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, Jasad lahir tumpuan manusia, Utamakanlah pandangan Allah, Daripada pandangan manusia.

p.s: Pandangan lain amat dialu-alukan
MHSS -.-
Februari 10, 2010
No comments:
Post a Comment