February 24, 2011

24 Februari 2011

Ayam dan itik sama berjalan,
Bunga-bungaan menjadi hiasan;
Sungguh ku rindu kampung halaman,
Pilu dan hiba tidak keruan.

Membelah badai lautan tenang,
Bahtera berlayar dipimpin Nakhoda;
Setiap detik masa dikenang,
Bersama keluarga terutama bonda.

Kelip-kelip disangka api,
Asap api embun berderai;
Jauh di mata dekat dihati.
Niat di hati tak mahu bercerai.

Berjalan malam berteman pelita,
Siulan unggas penyeri alam;
Hidup menjadi tidak sekata,
Setiap hari berjaga malam.

Bunga tanjung nan indah rupa,
Hiasan sanggul si dara jelita;
Ujian dan dugaan datang menerpa,
Menjadi benteng diri yang alpa.

Hati-hati memetik bunga,
Takut tertusuk duri ke jari;
Telah kuserah jiwa dan raga,
Dalam melaksana tanggungjawab diberi.

Burung nuri hinggap di dahan,
Menjadi seri si pohon rendang;
Jika inilah dugaan Tuhan,
InsyaAllah, pasti ada hikmah bertandang.

bee 3
Gambar hiasan



-MHSS-
Feb. 24, 2011 - 12.00 am

6 comments:

irma-ain ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
irma-ain ibrahim said...

you did this by yourself?
all this by yourself? how long it takes you to finish up this?


impressive! :)

MHSS said...

oh..iyee cik irma ain.
sendiri karang satu malam, mase tak boleh tido, sambil2 buat assignment.. hee -.-

thanks.
Selamat berkenalan :)

irma-ain ibrahim said...

used to be a pemantun ke zaman sekolah dulu?

nice. pantun lagi berseni dari debate pidato etc.

oh hye. selamat berkenalan. :)

MHSS said...

eh2.. takdee lah. zaman skolah dulu tak reti pun tulis2 macam ni. hee

irma-ain ibrahim said...

owh i see i see. sorry lah macam excited lebih pulak. sebab rasa bagus je. lagi lagi kalau bukan biasa buat sebelum ni. :)


oh and keep updating. supaya ada bahan untuk dibaca oleh orang yang takde kerja nih. hehs.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails