December 29, 2009

Cahaya itu kerana NYA

Yeay!! mood mengedit datang lagi~ =)

Nur Ilahi
Tajuk: Nur Ilahi

Tatkala Hanya Bertemankan Sepi.. Diriku Hanya Aku.. Tanpa Nya Ku Tiada Apa~

Memang Sepi. Dan bila mana sepi itu datang menyinggah, macam-macam perasaan pun timbul yang hadirnya entah dari mana. Rindu. Kasih. Sayang. Suka. Gembira. Sedih. Geram. Bosan.

Tapi alhamdulillah, Allah masih kurniakan ku nikmat iman dan syukur bila sepi itu menjengah, diri ini terasa lebih rapat dengan Nya. Kerna tiada siapa untuk ku mengadu, untuk ku bergantung harap, untuk ku luahkan segala ceritera hati yang hanya dengan Nya sahaja aku kongsikan. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Syukur.

Kerana Dia
Tajuk: Kerana Dia


Di kala tiada siapa untuk berkongsi bicara, kongsilah bersama Dia,
kerana Dia Maha Mendengar...

Di kala tiada siapa untuk ditunjuki, tunjuklah padaNya,
kerana Dia Maha Melihat...

Di kala tiada siapa mampu memenuhi kehendak, Mintalah padaNya,
kerana Dia Maha Memberi...

Dikala tiada siapa untuk memberi pendapat, tanyakan padaNya,
kerana Dia Maha Mengetahui...

Di kala tiada siapa untuk dicintai, Cintailah Dia,
kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang..



Tak pernah jemu diri ini meminta, apatah lagi malu dengan permintaan ku yang mengada-ngada, namun diri ini pasti bahawa DIA tetap mendengar walau berjuta kali ku lafazkan. Kerana, janji Nya pada kita, Jika kita telah berdoa dengan sesungguhnya, nescaya akan diperkenankanNya. InsyaAllah.

"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)

Dan Allah tidak pernah dan tidak akan menyalahi janjiNya. Kalaupun tidak atau belum dikabulkan doa permintaan kita itu, pasti ada hikmah dan kasih sayang Nya yang tidak kita ketahui betapa besarnya. Berbaik sangkalah kepada Allah. Keyakinan yang harus wujud pada diri setiap yang bergelar Muslim.

(Sekadar cebisan kata nasihat dan tazkirah untuk diri ini dan kalian yang membaca)


Ok seperti biasa, cerita mengenai gambar2 ini pula.
Sudah tentunya, Kedua-dua gambar ini di edit dalam mood yang sepi, lonely, longing, and quite homesick..huhu.

Pada asalnya gambar Nur Ilahi ini mendapat sentuhan idea apabila terpandang cover novel "Bintang-bintang ke syurga". Simple yet fascinate and full of hidden messages.
Ada seorang lelaki yang berpaling wajah ke belakang merenung kepada langit dan gugusan bintang2, seakan ada suatu cahaya yang amat terang dihadapannya.
Nah, lantas diri ini bersiap seperti nak buat photo shooting di dalam rumah. Hasilnya dipotong dan PS menjadi platform untuk menyatukan dua imej. Satu penipuan gambar sedang berlaku..hehe. Apa-apalah, janji memuaskan hati dan ada benda nak di sibukkan. -.-
Gambar latar diambil waktu pergi cycling melalui Mopac bike trail sebelum winter tempoh hari.
Dengan bantuan filter "flood" di bawah gambar itu, ia nampak lebih menarik spt ada imej water illusion.

Gambar asal

Gambar Kerana Dia pula di edit sehari selepas gambar Nur Ilahi. Mendapat idea apabila kesepian seseorang pasti pergi memenungkan diri, dan pokok menjadi bahan sandaran..hehe. Maka sekali lagi photo shooting di dalam rumah. Hasilnya dipotong dan tepi Tasik Holmes menjadi latar gambar. Kecantikan tasik itu juga menjadi bukti tanda kekuasaan Allah, Subhanallah.
Oh ya.. kata-kata itu diberi oleh seorang sahabat ketika berchatting di YM. Terima Kasih.

~Semoga gambar2 ini tidak hanya kaku. Tetapi ia berbicara dan berbisik mengenai diri ini dan Sang Pencipta~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails