December 31, 2009

Tak Pernah Ku Lupa

Lincoln, NE.USA. December 30, 2009, 2.00pm - 4.00pm
Malaysia. December 31, 2009, 4.00am - 6.00am

Gembira tidak terucap diri ini kerana dapat bersembang panjang dengan seseorang yang pernah hadir dalam hidupku sewaktu ketika dahulu. Ketika diri baru m
engenal erti kedewasaan. Ketika semangat muda remaja mula membakar dan bercambah antara kaca dan permata. Ketika diri baru saja kehilangan seorang yang bergelar bapa. Hadir insan ini yang begitu baik mengambil berat diriku. Tak kan ku lupa jasamu guru hingga ke hujung hayat. InsyaAllah.

Mengimbas memori lampau...


Pintu masuk sekolah kesayangan SBPISB

Asrama Putera SBPISB ini tidak pernah sunyi tanpa suaranya baik di pagi hari mengejutkan anak-anak bangun untuk ke surau bersolat subuh berjemaah ataupun di malam hari menyuruh untuk tidur pula. Kadangkala ditangannya ada sebatang rotan ataupun hanger untuk 'menghalau' syaitan2 yang berpelukan bersama anak-anak ini ketika lena diulik mimpi indah. Begitulah rutin harian insan ini yang bergelar warden. Nampak mudah namun sebenarnya tidak. Perlu berhadapan dengan bermacam-macam karenah anak muda remaja yang kononnya sudah kenal erti hidup dan kata nasihat orang dewasa dipandang enteng. Yang kononnya inginkan kebebasan hidup tanpa kongkongan dan peraturan yang dianggap menyusahkan.
Sedarlah rakan, dengan kongkongan dan peraturan dulu itulah yang menjadikan kita manusia tika ini. Mengajar kita jika tidak banyak, sedikit tentang hidup di dunia luar yang sebenar dan penuh mencabar ini.


Di situ lah kita belajar mengenal betapa pentingnya menjaga waktu dan berdisiplin, hormat menghormati sesama saudara yang lebih tua dan menyayan
gi saudara yang muda. Bekalan santapan rohani yang tidak akan luak dimakan waktu, malah akan terus bercambah jika dibaja dengan sedikit taburan kesedaran dan ingat mengingati sesama kita. Ketika mana tiada sesiapa untuk mengingatkan, untuk menegur salah silap, bekalan rohani inilah yang menjadi teman dan berbisik di segenap hati yang kian hitam. Berbisik mengingatkan bahawa kita pernah menjadi baik dahulu, pernah melakukan kebaikan, pernah bangun awal untuk berjemaah, tidak berkasar dengan yang tua, menyayangi yang muda... maka wajarkah kita melupakan segala ajaran yang sudah diterapkan. Tidak sama sekali.

Asrama Putera (Villa de'Putra)

"Kita nak ke mana cikgu?" tanya diriku yang terpinga-pinga keluar dari dewan peperiksaan 1 setelah dipanggil keluar oleh Ustaz Jaafar.

Ketika itu sedang mendengar taklimat mengenai satu program yang akan dilaksanakan. Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 2002 hanya tinggal satu kertas sahaja lagi, dan setelah itulah akan dijalankan program ini. Sedang duduk seramai lebih dari ser
atus pelajar, datang seorang guru menjenguk dan memanggil Ust. Jaafar. Mereka berbisik. Dan kemudian namaku dipanggil dari depan dewan.

"Hmm..Ikut sajalah dulu. Ke asrama. Kamu pergi kemas barang-barang kamu." jawabnya senada. Namun, jawapan itu yang membuatkan ku terus tertanya-tanya.

"Eh, ikut cikgu naik motor, cepat sikit. Ust. Ahmadi dah tunggu kamu." sambungnya lagi.
Maka menurutlah diri ini. Walau seribu satu persoalan dan anggapan liga
t bermain dibenak fikiran pada saat itu.

"Tapi saya nak ke mana cikgu? Banyak ke baju nak kena kemas ni?" aku bertanya lagi tanda tidak puas hati dan inginkan jawapan yang tepat.

"Tak payah banyak-banyak bawa. Sikit saja. Di kampung kamu ada baju kan? Cepat. Nanti Ust. Ahmadi bawa kamu ke Pekan Sabak." lantas diri ini menoleh ke arahnya. Kampung? Buat apa kena balik kampung ni? Bertanya sendiri.


"Tadi makcik kamu dari Shah Alam telefon sekolah suruh kamu balik kampung sekarang. Itu saja." sambungnya lagi bila melihat wajahku yang pucat lesi dek persoalan-persoalan yang tidak berjawab.

Di dalam kereta ke Pekan Sabak juga Ust. Ahmadi diam membisu
dan hanya berkata bahwa aku perlu sampai ke kampung hari ini juga. Dia membelikan ku tiket bas ke Klang. Dan kemudian katanya, pakcik ku akan datang menjemputku di sana untuk dibawa pulang ke kampung, Muar Johor. Sebaiknya, takkanlah pula aku perlu ke johor seorang diri. Belum pernah lagi pada masa itu.
Surau As-Syakirin - Di sinilah kita bermula. Membina Asas Islamiah yang teguh!


Ya! Dan itulah permulaan peristiwa diri ini mendapat tahu yang akan kehilangan seorang yang sangat disayangi. Seorang yang bertanggungjawab membawaku melihat dunia ini. Dia telah pun pergi meninggalkan kami empat beradik buat selama-lamanya. Namun, kami redha dengan kehendak Allah bahawa DIA lebih menyayangi ayah. Doa ku buatnya tak kan pernah putus untuk selamanya. InsyaAllah.

Peranan guru-guru ini tidaklah banyak. Tetapi amat besar bagiku pada masa itu. Jikalau mereka tidak berbuat apa-apa dan hanya berlengah apabila mendapat berita buruk itu. Diri ini mungkin langsung tidak sempat bertemu dengan arwah ayah. Mencium dahinya yang sudah kaku tidak bernyawa sangat-sangat bermakna bagi diri ini.
Tidak mengapa. Dua minggu sebelum itu pulang ke kampung, menemankan ibu di Hospital Muar, ibu ada menyatakan bahawa mungkin itulah kali terakhir diri ini dapat melihat ayah. Ya. Mungkin itu hanya omongan kosong bagiku pada masa itu, namun naluri seorang ibu tidak pernah silap~
Setidak-tidaknya kami sudah bersedia untuk melepaskannya pergi jika itu yang sudah ditentukan Nya.

************

Syukur. Diri ini amat bersyukur dipertemukan dengan insan-insan yang baik denganku. Cikgu yang diceritakan ialah Cikgu Mohd Iskandi bin Manijo. Seorang guru Geografi dan KH sewaktu menengah rendah merangkap warden asrama yang telah menjaga kami satu batch sehinggalah tamat sekolah di situ. Bukan peristiwa ini sahaja yang membuatkan guru ini amat istimewa dan rapat denganku, malah tersangat banyak lagi. Lebih-lebih lagi dalam mengajarkan ku selok belok perniagaan..hehe. (bunyi macam berniaga besar jek)
Ya. Berniaga. Di koperasi sekolah. Pengalaman yang sangat-sangat berharga bagi diri ini dapat duduk di koperasi itu berjual beli dan sedikit sebanyak membantu dalam menguruskan koperasi sekolah. Seawal dari usia 14 tahun diri ini telah diberi kepercayaan untuk itu. Dan kerana itu juga lah menjadi minat dalam ekonomi dan perakaunan yang akhirnya sedikit sebanyak membawa kepada jurusan sains aktuari ini. -.-

Di blog ini, saya Muhammad Hafizuddin Syafiq bin Suparlan berterima kasih kepada Cikgu dan juga kepada cikgu-cikgu lain yang telah mendidik saya sama ada dari segi akademik duniawi mahupun dalam membesarkan diri ini sehingga menjadi seorang yang bergelar manusia pada hari ini. Halalkanlah ilmu dan tunjuk ajar yang cikgu beri selama ini. Maaf dipinta sekiranya ada tingkah diri ini yang membuatkan cikgu terasa hati, dahulu ataupun sekarang. Janji anak muridmu akan selalu mendoakan kalian semua selamat dan bahagia dunia akhirat. InsyaALLAH.


**************************************

Apa yang baik kita jadikan iktibar, yang buruk jadikan sempadan.
Hanya perkongsian rasa hati ini.

Jazakumullahu khairan kathira. Wassalam.

MHSS -.-
Rabu, December 30, 2009

2 comments:

beyl said...

that's sweet bro....huhu..yep,sape bole lupe sore die kot....yg dok kat asrama pempuan pon bole ketawe pepagi dengar die kejut korg...hahahaha..and motor ust ahmadi yang merempit di pagi hari..zaman skolah adelah zaman gile2..kekekeke...da lame tak balek sane

MHSS said...

hehee... btul3~
mmg byk yg best nye zman skola..
g je la blek sane kejap..
tp dah byk lain da suasana kt sne skrg..tak same kut mcm dlu. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails